Perarakan menyokong ISA Himpunan_Anti_ISA

Pada 22 Julai 2009, Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama sepuluh NGO Melayu sebulat suara mengadakan perarakan beramai-ramai dari Pasar Seni ke Dataran Merdeka dan ke Istana Negara pada 1 Ogos 2009. Pewaris dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) serta beberapa badan gabungannya merancang mengadakan perhimpunan di Padang Merbuk, Pasar Seni dan Masjid Negara bagi menyokong ISA dikekalkan. Tema mereka ialah "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" di Pasar Seni mulai 11.30 pagi. Pertembungan akan berlaku dan jika tidak dikawal rapi akan mencetuskan pergaduhan antara kumpulan dan kaum. 3,000 penunjuk perasaan pro-ISA berkumpul di Pasar Seni sebelum menurunkan tandatangan sokongan di Dataran Merdeka di atas kain rentang gergasi, sepanjang 200 kaki. Memorandum mempertahankan ISA akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.[4]

Timbalan Presiden II Pewaris ialah Rahimuddin Md Harun.

Turut serta menyokong ISA ialah Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM).